Like Kami Di Facebook

Follow Kami Di Twitter

Syarikat Induk Takaful Ikhlas

Thursday, December 1, 2011



Diperbadankan pada tahun 1972, MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan reinsurans dan retakaful. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM978.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.

Dana pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM893.9 juta pada tempoh yang sama dengan jumlah aset bernilai lebih RM2.6 bilion. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Bumiputra di bawah naungan PNB merupakan pemegang saham terbesar MNRB.
Read Post | comments

Konsep Takaful



Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful

Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta
Read Post | comments

Visi Dan Misi



Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua, “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.
Read Post | comments

Pendekatan Perniagaan

\
Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Dato’ Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.

Kami komited dalam membantu para pelanggan kami secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana kami ingin meyakinkan mereka bahawa usaha kami untuk memberi “ketenangan fikiran” bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting,kami IKHLAS.
Read Post | comments
 
© Copyright perlindungantakaful 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com